Program Hari Bertemu Pelanggan Daerah Klang

April 2, 2009

Tarikh                    : 25hb – 26hb April 2009

Hari                       : Sabtu – Ahad

Masa                      : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                  : Pusat Pertanian Meru, Klang

ATURCARA

25hb April 2009 (Sabtu)

9.00 pagi – 10.00pagi                   – Ketibaan tetamu dan orang ramai

10.00 pagi – 11.00 pagi                – Taklimat fertigasi

11.00 pagi – 12.00 tengahari        – Taklimat Insentif

2.00 petang – 5.00 petang           – Kuiz pertanian

  • 9.00 pagi – 5.00 petang            – Pameran aktiviti Jabatan Pertanian

Ø      Jabatan Pertanian Daerah Klang

Ø      PLKP Tanjung Karang

Ø      Unit Perlindungan Tanaman

Ø      Unit Pengurusan Tanah

Ø      Pandaftaran Agribazaar

Ø      Gerai Jualan Hasil Pertanian (Petani)

26hb April 2009 (Ahad)

9.00 pagi – 10.00 pagi                 – Ketibaan tetamu dan orang ramai

10.00 pagi – 11.00 pagi                – Penerangan Bumi Hijau

11.00 pagi – 12.00 tengahari        – Taklimat tanaman Cendawan

2.00 petang – 5.00 petang            – Kuiz pertanian

  • 9.00 pagi – 5.00 petang            – Pameran aktiviti Jabatan Pertanian

Ø      Jabatan Pertanian Daerah Klang

Ø      PLKP Tanjung Karang

Ø      Unit Perlindungan Tanaman

Ø      Unit Pengurusan Tanah

Ø      Pandaftaran Agribazaar

Ø      Gerai Jualan Hasil Pertanian (Petani)


Pengumuman

March 30, 2009

Jabatan Pertanian Daerah Klang akan mengadakan sesi temuduga bagi pemilihan peserta bagi mengikuti kursus cendawan dan makanan tradisional pada masa, tarikh, tempat adalah seperti berikut:-

Masa : 9.00 pg

Tarikh : 01.04.2009 (Rabu)

Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Klang

Tingkat 1, Bangunan Pejabat Daerah

41000 Klang, Selangor Darul Ehsan

Dengan ini petani-petani di daerah Klang yang berminat untuk menyertai kursus ini, anda bolehlah mendaftar sebelum 01.04.09


Jadual Kursus Anjuran Jabatan Pertanian Negeri Selangor

March 19, 2009

Berikut adalah Jadual Kursus Petani di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor bagi setengah tahun Januari hingga Jun 2009

Jadual Kursus Petani di Pusat Latihan Kalumpang

Jadual Kursus Petani di Pusat Latihan Kalumpang


Bagi mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor, semua petani bolehlah memuat turun jadual dan borang dibawah:

Download Jadual Kursus

Download Borang Kursus


Insentif Pengeluaran Tanaman Bagi Sayur dan Buah

February 17, 2009

Tujuan  pemberian insentif adalah untuk:

  • Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran
  • Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran)

Kadar Insentif yang dipersetujui seperti berikut:

Jenis Tanaman

Insentif

i) Sayur-sayuran dan   tanaman kontan RM 81.00 / metrik tan
ii) Buah-buahan RM 78.00 / metrik tan

Syarat-syarat kelayakan insentif

  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi
  • Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan
  • Mempunyai rekod ladang
  • Pemberian Insentif layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai akaun di Agro Bank

*Insentif akan diberikan berdasarkan kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif adalah sayur-sayuran tanaman kontan dan buah-buahan

*Untuk keterangan lanjut atau pendaftaran hubungi Jabatan Pertanian yang berdekatan. Bawa Bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut

- Rekod ladang

- Dokumen/status hak milik tanah


LAWATAN NAZIRAN 2009

February 16, 2009

Tarikh : 05hb Februari 2009
Jabatan Terlibat : Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Pegawai yang terlibat : 7 orang
Aktiviti :
1) Penerangan dan taklimat projek pembangunan daerah Klang
2) Lawatan ke tapak projek tanaman cili fertigasi di Meru, projek tanaman orkid di Kg Telok Gadong, Projek Tembikai Rock Melon di Kg Tok Muda dan Projek IKS di Jalan Meru

Projek Tanaman Cili Fertigasi di Meru

Projek Tanaman Cili Fertigasi di Meru

Projek Tanaman Orkid di Kg Telok Gadong

Projek Tanaman Orkid di Kg Telok Gadong oleh Syarikat Danias Orchid Enterprise

Projek Tembikai Rock Melon di Kg Tok Muda oleh En Said Zakariah

Projek Tembikai Rock Melon di Kg Tok Muda oleh En Said Zakariah

Lawatan Naziran Ke Kilang JASMA

Di Kilang Mayonis oleh Syarikat AJ Food Industries Sdn Bhd di Meru


Program Hari Masyarakat Petani, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor Bersama Y.B.Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia

February 10, 2009

Tarikh : 9hb Februari 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Jalan Hj Sirat, Batu 4, Off Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor

Objektif Program:

  1. Bagi menyelesaikan isu-isu atau masalah yang dibangkitkan oleh  kumpulan sasar
  2. Mendapatkan maklumbalas dari kumpulan sasar mengenai program Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  3. Membolehkan pemimpin berkomunikasi secara terus dengan kumpulan sasar.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada kumpulan sasar
Perasmian oleh Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Perasmian oleh Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia


PERMOHONAN MENYERTAI PROJEK PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2009

February 5, 2009

Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) mengumumkan bahawa permohonan untuk memohon bantuan dari JPNS bagi Projek  Pembangunan Tahun 2009 telah dibuka. Antara jenis-jenis projek adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang, kelapa, tanaman industri/pelbagai, Industri Asas Tani  dan mengusahakan tanah terbiar.

Bantuan adalah dalam bentuk :

  • infrastuktur perparitan dan peralatan pengairan
  • input pertanian (baja dan racun)
  • bahan tanaman
  • peralatan dan mesin

Syarat-syarat permohonan:

  • pemohon adalah warganegara Malaysia
  • projek beroperasi dalam negeri Selangor
  • projek telah beroperasi selama 6 bulan
  • projek tersebut mempunyai pasaran sendiri
  • pemohon tidak pernah mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian
  • pemohon hendaklah mengemukakan
    • salinan geran tanah jika tanah milik sendiri
    • salinan surat perjanjian jika tanah disewa
    • surat kebenaran dari agensi atau kerajaan jika tanah rizab

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah dimana projek beroperasi.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.