Insentif Pengeluaran Tanaman Bagi Sayur dan Buah

Tujuan  pemberian insentif adalah untuk:

  • Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran
  • Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (buah-buahan dan sayur-sayuran)

Kadar Insentif yang dipersetujui seperti berikut:

Jenis Tanaman

Insentif

i) Sayur-sayuran dan   tanaman kontan RM 81.00 / metrik tan
ii) Buah-buahan RM 78.00 / metrik tan

Syarat-syarat kelayakan insentif

  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi
  • Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan
  • Mempunyai rekod ladang
  • Pemberian Insentif layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
  • Mempunyai akaun di Agro Bank

*Insentif akan diberikan berdasarkan kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif adalah sayur-sayuran tanaman kontan dan buah-buahan

*Untuk keterangan lanjut atau pendaftaran hubungi Jabatan Pertanian yang berdekatan. Bawa Bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut

– Rekod ladang

– Dokumen/status hak milik tanah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: