Fungsi

  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
  • Membangunkan Sumber Maklumat Pertanian Negara untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Institut/Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Mengawalselia mutu bahan/benih tanaman negara.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)1998 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.

Comments are closed.

%d bloggers like this: